27 Januari 2010

Melayu

Check out this SlideShare Presentation:

Membantu Keluarga Zaki

Zaki ada masalah kewangan kerana bapanya telah meniggal dunia dan ibunya menghidap penyakit ginjal.Dia mempunyai adik yang bernama Farah.Ibunya bekerja mengambil upah menggosok baju jiran-jiran mereka.Ibu Zaki boleh meminta pertolongan dari hospital yang menderma ginjal.Zaki dan adiknya boleh membantu ibunya dengan kerjanya selepas sekolah.Jika saya kawan Zaki,saya akan memberinya sokongan supaya tidak putus asa.

09 Januari 2010

3 tempat menarik di Jakarta,(Indonesia)

Salah sebuah negara di Asia Tenggara yang boleh pelancong dari Singapura lawati ialah di Jakarta,Indonesia.Antara tiga tempat menarik yang terdapat di sana ialah Taman Haiwan Ragunan,Taman Mini Indonesia Indah dan Ancol Marina.
Jika mereka di berikan 3 hari sahaja untuk melawat tempat tersebut,maka perkara yang perlu di ambil perhatian ialah yang pertama, mereka haruslah bijak mengatur masa.Kedua, jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk satu tempat yang di tuju.Ketiga, alihkan tujuan ke tempat yang lain dahulu sekiranya di situ terdapat perkara ataupun bahan2 yang kurang menarik.
Tempat seperti Taman Haiwan Ragunan menjadi masyhur apabila tinjauan mengatakan bahawa dalam masa setahun sebanyak 3 ribu pengunjung dari seluruh negara yang datang melawat ke situ.Ianya telah di resmikan pembukaannya pada tahun 1864.Biasanya yang menjadikan tempat itu sebagai satu tarikan bagi para pengunjung ialah di situ terdapat sebanyak 500 jenis binatang dan juga tanam-tanaman dari Indonesia dan sebahagiannya dari negara lain.
Taman haiwan ini terletak di daerah Jakarta timur.Wang yang di perlukan untuk memasuki tempat itu ialah 3000 rupiah untuk orang dewasa sementara 2000 rupiah untuk kanak-kanak.
Pelancong dari Singapura patut mengunjungi tempat itu kerana di samping terhibur, ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim dan kita juga dapat mengenal dengan lebih dekat lagi tentang alam kehidupan haiwan dan juga pelbagai jenis tanaman.