09 Januari 2010

3 tempat menarik di Jakarta,(Indonesia)

Salah sebuah negara di Asia Tenggara yang boleh pelancong dari Singapura lawati ialah di Jakarta,Indonesia.Antara tiga tempat menarik yang terdapat di sana ialah Taman Haiwan Ragunan,Taman Mini Indonesia Indah dan Ancol Marina.
Jika mereka di berikan 3 hari sahaja untuk melawat tempat tersebut,maka perkara yang perlu di ambil perhatian ialah yang pertama, mereka haruslah bijak mengatur masa.Kedua, jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk satu tempat yang di tuju.Ketiga, alihkan tujuan ke tempat yang lain dahulu sekiranya di situ terdapat perkara ataupun bahan2 yang kurang menarik.
Tempat seperti Taman Haiwan Ragunan menjadi masyhur apabila tinjauan mengatakan bahawa dalam masa setahun sebanyak 3 ribu pengunjung dari seluruh negara yang datang melawat ke situ.Ianya telah di resmikan pembukaannya pada tahun 1864.Biasanya yang menjadikan tempat itu sebagai satu tarikan bagi para pengunjung ialah di situ terdapat sebanyak 500 jenis binatang dan juga tanam-tanaman dari Indonesia dan sebahagiannya dari negara lain.
Taman haiwan ini terletak di daerah Jakarta timur.Wang yang di perlukan untuk memasuki tempat itu ialah 3000 rupiah untuk orang dewasa sementara 2000 rupiah untuk kanak-kanak.
Pelancong dari Singapura patut mengunjungi tempat itu kerana di samping terhibur, ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim dan kita juga dapat mengenal dengan lebih dekat lagi tentang alam kehidupan haiwan dan juga pelbagai jenis tanaman.

Tiada ulasan: