29 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEPULUH

PANDANGAN & REFLEKSI

Akhirnya sampai juga saya di penghujung entri yang kesepuluh. Kadang kala saya terfikir kenapalah Cikgu suruh kami menyertai pertandingan ini, terutama sekali dalam penggal ini yang boleh saya katakan antara penggal yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti di sekolah.

Namun setelah melaksanakan kesepuluh entri-entri ini saya dapat menimba banyak ilmu dan pengetahuan. Ilmu yang mungkin tidak akan saya pekajari dari duduk di dalam kelas semata. Saya mula mengetahui tentang pakaian Hari Raya iaitu baju kurung Melayu lelaki dan juga baju Kebaya bagi orang pompuan. Sekarang saya bukan sekadar mengenalinya sebagai Baju Hari Raya, saya juga tahu asal usul baju itu serta keunikan yang ada padanya. Hari Raya tahun ini saya tak lah sekadar pakai pakaian Baju Kurung lelaki malah saya boleh berkongsi maklumat semasa jalan raya nanti dengan sepupu-sepupu saya.


28 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEMBILAN



BAJU KEBAYA

Baju Kebaya ini merupakan pakaian tradisional kaum wanita di Nusantara ini. Asal usulnya pula ada yang mengatakan ia datang dari Indonesia kemudian ke Malaysia sehinggalah hari ini ia dipakai oleh Singapura. Namun dari kajian yang saya lakukan saya dapati bahawa Kebaya ini mempunyai unsur-unsur Arab. Berikut merupakan informasi yang saya tukil dari lelaman :



'Menurut Denys Lombard dalam bukunya Nusa Jawa: silang Budaya (1996) Kebaya berasal dari bahasa Arab ‘Kaba’ yang bererti ‘pakaian’ dan diperkenalkan lewat bahasa Portugis ketika mereka mendarat di Asia Tenggara. Kata Kebaya diertikan sebagai jenis pakaian (atasan/blouse) pertama yang dipakai wanita Indonesia pada kurun waktu abad ke-15 atau ke-16 Masihi. Hujah Lombard tentu berterima terutama lewat analogi penelusuran lingustik yang toh sampai sekarang kita masih mengenal ‘Abaya’ yang berarti tunik panjang khas Arab. Sementara sebagian yang lain percaya Kebaya ada kaitannya dengan pakaian tunik perempuan pada masa kekasiran Ming di Tiongkok, dan pengaruh ini ditularkan setelah imigrasi besar-besaran menyambangi semenanjung Asia Selatan dan Tenggara di abad ke-13 hingga ke-16 Masehi."


Mengapa saya ketengahkan Baju Kebaya?

Antara sebabnya ialah Baju Kebaya ini bukan sahaja hak milik bangsa Melayu semata-mata. Ia mempunyai pengaruh dari kawasan Timur Tengah yang kemudiannya disesuaikan oleh orang Indonesia sebelum ia diperkenalkan kepada orang Melayu. Kemudian baju Kebaya melalui satu lagi proses sehingga ia juga merupakan pakaian tradisional orang Nyonya Melaka yang bangga dengan koleksi Kebaya yang boleh dianggap eksklusif dan cukup menarik.







Baju Kebaya ini juga dipakai bersama kain batik dan ia kelihatan sungguh menarik dengan warnanya yang pelbagai.


15 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELAPAN

Batik
Batik
berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis dan kata Jawa "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap.Teknik Batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Nigeria, Cameroon dan Mali, atau di Asia, seperti India, Sri Lanka, Bangladesh , Iran, Thailand, Indonesia, dan Malaysia.Batik telah menjadi sebahagian dari budaya dunia terutama di alam Melayu,dan sejak lama yang merangkumi negara ASEAN.



Perempuan tua Jawa sedang membuat batik piawai
Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disamping itu

14 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH

Baju Kurung
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuanmempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM


SLAID MENARIK PELBAGAI BAJU TRADISIONAL MELAYU

Berikut merupakan slaid yang saya sendiri hasilkan daripada gambar-gambar yang saya dapat dari lelaman-lelaman berikut:

www.google.com

Harap anda terhibur.



































13 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 -ENTRI KELIMA

TELUK BELANGA

Selain daripada merupakan sejenis baju kurung lelaki, Teluk Belanga juga merupakan nama tempat sebuah kawasan di Selatan Singapura. Bahkan hari ini terdapat pula sebuah lagu Zapin yang dinamakan Zapin Teluk Belanga yang diilhamkan oleh anak jati Singapura , Zubir Abdullah. Berikut berupakan video tarian Zapin diiringi lagu Zapin Teluk Belanga.



PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEEMPAT


Baju Melayu Teluk Belangah
Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belangah, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belangah di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.


Pandangan:Bagi saya,Baju Teluk Belangah selesa untuk dipakai dan kainnya tipis.


12 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA

Baju Melayu Cekak Musang
Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.








Pandangan:
Bagi saya,memakai Baju Cekak Musang agak panas jika dibandingkan dengan baju kurung Telok Blangah kerana kainnya tebal dan apabila saya berpeluh,badan saya juga terasa gatal. Selain dari itu kolarnya yang agak tinggi jika dibandingkan dengan baju kurung Telok Blangah menambah lagi rasa gatal pada leher saya. memandangkan saya juga kuat berpeluh.

















11 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA

Apa itu Baju tradisional Melayu?
Baju Melayu ialah satu panggilan bagi baju tradisional Melayu yang biasa di pakai oleh golongan lelaki.Ia biasanya terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.

09 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA

Pandangan:

Apa yang saya faham tentang Budaya Melayu?

Budaya Melayu adalah tidak lain merupakan satu adat yang diwarisi oleh masyarakat melayu turun temurun dari zaman ke zaman.

Mengapa saya memilih Busana Melayu?

Saya memilih pakaian tradisional Melayu kerana ia sangat penting untuk orang Melayu. Saya sebagai orang Melayu perlu tahu pelbagai jenis baju tradisional budaya kami agar ianya terus berkembang dan menjadi lambang kebanggaan bagi generasi yang akan datang.

Di Singapura, Baju Tradisional Melayu ini sering dipakai semasa hari-hari istimewa seperti majlis perkahwinan,Hari Raya,majlis doa selamat,majlis forum dan lain-lain lagi.

Namun tidak pula keadaannya di rantau Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei kerana hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri.Baju Tradisional Melayu ini digunakan lebih kerap lagi kerana bagi mereka ia seperti merupakan satu adat yang tidak dapat di tinggalkan.Kita dapat saksikan mereka mengenakan baju ini semasa majlis keramaian,majlis persidangan,majlis formal dan lain-lain lagi.






27 Januari 2010

Melayu

Check out this SlideShare Presentation:

Membantu Keluarga Zaki

Zaki ada masalah kewangan kerana bapanya telah meniggal dunia dan ibunya menghidap penyakit ginjal.Dia mempunyai adik yang bernama Farah.Ibunya bekerja mengambil upah menggosok baju jiran-jiran mereka.Ibu Zaki boleh meminta pertolongan dari hospital yang menderma ginjal.Zaki dan adiknya boleh membantu ibunya dengan kerjanya selepas sekolah.Jika saya kawan Zaki,saya akan memberinya sokongan supaya tidak putus asa.

09 Januari 2010

3 tempat menarik di Jakarta,(Indonesia)

Salah sebuah negara di Asia Tenggara yang boleh pelancong dari Singapura lawati ialah di Jakarta,Indonesia.Antara tiga tempat menarik yang terdapat di sana ialah Taman Haiwan Ragunan,Taman Mini Indonesia Indah dan Ancol Marina.
Jika mereka di berikan 3 hari sahaja untuk melawat tempat tersebut,maka perkara yang perlu di ambil perhatian ialah yang pertama, mereka haruslah bijak mengatur masa.Kedua, jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk satu tempat yang di tuju.Ketiga, alihkan tujuan ke tempat yang lain dahulu sekiranya di situ terdapat perkara ataupun bahan2 yang kurang menarik.
Tempat seperti Taman Haiwan Ragunan menjadi masyhur apabila tinjauan mengatakan bahawa dalam masa setahun sebanyak 3 ribu pengunjung dari seluruh negara yang datang melawat ke situ.Ianya telah di resmikan pembukaannya pada tahun 1864.Biasanya yang menjadikan tempat itu sebagai satu tarikan bagi para pengunjung ialah di situ terdapat sebanyak 500 jenis binatang dan juga tanam-tanaman dari Indonesia dan sebahagiannya dari negara lain.
Taman haiwan ini terletak di daerah Jakarta timur.Wang yang di perlukan untuk memasuki tempat itu ialah 3000 rupiah untuk orang dewasa sementara 2000 rupiah untuk kanak-kanak.
Pelancong dari Singapura patut mengunjungi tempat itu kerana di samping terhibur, ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim dan kita juga dapat mengenal dengan lebih dekat lagi tentang alam kehidupan haiwan dan juga pelbagai jenis tanaman.