09 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA

Pandangan:

Apa yang saya faham tentang Budaya Melayu?

Budaya Melayu adalah tidak lain merupakan satu adat yang diwarisi oleh masyarakat melayu turun temurun dari zaman ke zaman.

Mengapa saya memilih Busana Melayu?

Saya memilih pakaian tradisional Melayu kerana ia sangat penting untuk orang Melayu. Saya sebagai orang Melayu perlu tahu pelbagai jenis baju tradisional budaya kami agar ianya terus berkembang dan menjadi lambang kebanggaan bagi generasi yang akan datang.

Di Singapura, Baju Tradisional Melayu ini sering dipakai semasa hari-hari istimewa seperti majlis perkahwinan,Hari Raya,majlis doa selamat,majlis forum dan lain-lain lagi.

Namun tidak pula keadaannya di rantau Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei kerana hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri.Baju Tradisional Melayu ini digunakan lebih kerap lagi kerana bagi mereka ia seperti merupakan satu adat yang tidak dapat di tinggalkan.Kita dapat saksikan mereka mengenakan baju ini semasa majlis keramaian,majlis persidangan,majlis formal dan lain-lain lagi.






Tiada ulasan: