Akhirnya sampai juga saya di penghujung entri yang kesepuluh. Kadang kala saya terfikir kenapalah Cikgu suruh kami menyertai pertandingan ini, terutama sekali dalam penggal ini yang boleh saya katakan antara penggal yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti di sekolah.
Namun setelah melaksanakan kesepuluh entri-entri ini saya dapat menimba banyak ilmu dan pengetahuan. Ilmu yang mungkin tidak akan saya pekajari dari duduk di dalam kelas semata. Saya mula mengetahui tentang pakaian Hari Raya iaitu baju kurung Melayu lelaki dan juga baju Kebaya bagi orang pompuan. Sekarang saya bukan sekadar mengenalinya sebagai Baju Hari Raya, saya juga tahu asal usul baju itu serta keunikan yang ada padanya. Hari Raya tahun ini saya tak lah sekadar pakai pakaian Baju Kurung lelaki malah saya boleh berkongsi maklumat semasa jalan raya nanti dengan sepupu-sepupu saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan